Menakutkan...itu yang boleh dikatakan tentang banjir tahun ini. Sebelum ini saya berkongsi gambar banjir sekitar Kelantan dalam entri blog, tapi kali ini saya ingin berkongsi gambar banjir yang melanda kampung sendiri. Kampung saya terletak antara Kubang Kerian dan Pasir Tumboh. Air naik begitu cepat dan deras. Gambar kat atas tu dirakam jam 6 petang tadi. Sejam saja air memenuhi padang sekolah kat depan rumah. Kalau banjir sebelum ni untuk memenuhi padang tu mengambil masa hujan 2 hari. Tapi kali ni, tiada hujan...air terus naik dari sungai yang terletak jauh dari kawasan sekolah tu.
Rasanya air ni dibawa dari Kuala Krai kot...Dengar khabar kat sana air trend menurun. Kalau banjir tahun-tahun sebelum ini, air hujan kat padang tu jernih saja tapi air kali ini keruh pekat.
Gambar ni dirakam jam 6.30 petang tadi. Laluan masuk ke rumah saya
sudah dipenuhi air setakat betis.
Jalan depan sekolah ini dilimpahi air.
Kenderaan berat saja boleh melaluinya.
Kelihatan rumah berdekatan air sudah hamoir mencecah lantai rumah
Menakutkan...aliran air sangat deras
Situasi depan rumah saya jam 10.30 malam ini. Semasa entri ini ditulis, air semakin naik Risau juga ni... Nasib baik hari ini tiada hujan langsung, cuma air saja yang terus naik. Harap-harap keadaan tidak semakin kritikal. Jalan utama untuk masuk ke kampung ini juga sudah dinaiki air yang agak tinggi. Doakan keselamatan kami dan orang-orang kampung. Inilah banjir yang paling teruk yang pernah saya alami.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.