KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, December 16, 2014

Khasiat buah Mahkota Dewa


Berkenan betul tengok buah ni. Merah..sedang masak ranum, rasa nak petik dan makan saja. Tapi awas! ini bukan buah strawberi mahupun cherry.hehe...Tapi buah Mahkota Dewa. Wah! namanya pun bukan main yer. Sebenarnya buah ini berkhasiat sebagai minuman kesihatan setelah diproses. Cara prosesnya pun takdelah susah sangat.



Nampak tu...buah sebesar bola golf tu nampak cantik setelah masak.Merah menyala...



Pokok ni takdelah tinggi sangat, masih rendah tapi sudah berbuah lebat. Oh ya...Antara khasiat buah mahkota dewa ini ialah berfungsi untuk meneutralkan racun-racun dalam badan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mengawal gula dalam darah. Juga dapat melancarkan peredaran darah dan anti alergi.



 Ini daunnya...



Cara proses...petik buah yang dah berwarna merah, bersihkan kemudian potong halus. Kemudian dikeringkan di bawah panas matahari. Pastikan betul-betul kering supaya tidak berkulat. Cara penggunaannya, ambil beberapa hirisan yang kering, masukkan ke dalam cawan berisi air panas lalu direndam untuk seketika atau beberapa minit.. Jangan campur gula yer... Kemudian...bolehlah diminum... Nak minum bila? Minumlah bila-bila masa yang anda rasa sesuai. Elok juga diamalkan pada waktu pagi dan petang.



Yang ni bijinya..bolehlah disemai untuk menghasilkan pokok Mahkota Dewa.



Antara penyakit yang dapat disembuhkan dengan campuran Mahkota Dewa ialah kanser, penyakit kulit, kencing manis, darah tinggi, radang hati, sakit sendi, gout, jantung dan ginjal. Apa salahnya untuk mencuba cara alternatif ini yer..tapi seeloknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi sesiapa yang ada penyakit kronik.

Pokok ini sesuai ditanam di halaman rumah kerana buahnya yang cantik..Selain berguna untuk minuman kesihatan, dapatlah juga mengindahkan halaman rumah kita. Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.