Kalau anda ke Kota Bharu, Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Menara Tinjau yang terletak di tepi sungai Kelantan, berhampiran dengan Tambatan D'Raja. Menara yang mempunyai ketinggian 6 tingkat ini dibuka kepada orang ramai setiap Jumaat hingga Rabu bermula jam 9 pagi hingga 11.30 malam.
Tiketnya murah saja...RM 2.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untuk kanak-kanak. Tiada had masa untuk anda berada di atas menara tersebut, tapi takkanlah nak lepak sambil makan minum pula kot.Hehe...
Petang tadi saya bawa anak-anak ke Menara Tinjau tu...Boleh tahan juga mereka panjat tangga sampai tingkat 6. Tak ramai budak yang boleh sampai ke tingkat 6 sebab gayat. Paling tinggi pun sampai tingkat 4 jer. Sebab untuk samapi ke tingkat 6, kena melalui tangga pusing macam dalam gambar yang mula-mula tu. Kalau naik dah gayat, turun apa lagi yer...
Salah satu pemandangan bandar Kota Bharu yang saya rakam dari tingkat 6 Menara Tinjau. Tak berapa jelas sebab masa tu hujan turun. Maklumlah musim hujan dan banjir sekarang ni di Kelantan. Kalau cuaca elok, mesti nampak sebahagian besar bandar Kota Bharu tu.
Kelihatan hotel yang terletak berhampiran Menara Tinjau, juga laluan pejalan kaki di sepanjang sungai Kelantan. Nampak air sungai dah mula naik tu. Ramai betul yang berkunjung ke sini pada waktu petang untuk melihat air sungai, juga untuk bersantai bersama keluarga.
Inilah tempat penting di Kota Bharu setiap kali musim banjir....Tambatan D'Raja
Kat bawah menara ni, ada banyak jugalah peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan sebagainya. Satu yang menarik perhatian budak-budak khususnya...aiskrim Oreo. Siap kena beratur lagi tunggu giliran.
Beginilah situasi berhampiran Menara Tinjau, meriah dengan kunjungan ramai pengunjung, dan deretan gerai yang menjual pelbagai perkara khususnya makanan dan minuman. Jadi kalau ke sini, jangan lupa untuk singgah yer.
tak pernah pergi menara tinjau ni..mungkin satu hari nanti.
ReplyDeleteas salam, menarik..sy pun xtahu ada menara tinjau ni cikgu...yg ni gmbar time nk bnjir tu ke cikgu?
ReplyDelete