expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 3, 2014

Tanam pokok Draco


Sempena cuti sekolah ni...mari kita tanam pokok-pokok untuk menghijaukan bumi. Sekarang musim orang tanam pokok draco, maka kami pun nak tanam pokok draco juga.Hehe...ikut trend dan musimlah yer. Nampak dalam pasu kecil tu...itulah pokok draco yang baru dibeli. Dalam pasu semaian tu ada 3 batang pokok draco. Kami akan pisahkan pokok-pokok tu untuk ditanam dalam 3 biji pasu.



Harga 3 batang pokok draco tu ialah RM70. Manakala 3 biji pasu tu harga asal RM 45 sebiji. Tapi kami bernasib baik sebab pemilik kedai bunga tu memberi sedikit diskaun sempena hujung tahun.Hehe...Beli pasu murah jer...sebab berkenan dengan yang tu...matching dengan pasu-pasu yang sedia ada di rumah ni.


Ini tanah untuk dimasukkan ke dalam pasu.
Beli sikit jer sebab nak campur dengan tanah biasa kat rumah


Tanah yang dicangkul kat rumah...
3 kereta sorong  tanah diperlukan untuk 3 biji pasu tu.


Tadaaa...diringkaskan cerita...
pokok-pokok draco selamat ditanam petang tadi


Semoga pokok-pokok ini kan membesar dengan baik,
dan mengindahkan ruang di depan rumah kami.


Pandangan dari depan, lokasi pokok-pokok draco.
Selamat menanam pokok...
Sekian...

3 comments:

  1. KM, saya pun tengah mencari pokok ni.

    memang musim dia kot.

    Tapi kat kuantan ni yg dah besar jea ada, harga beratus...

    Maka saya tak beli lagilah...he he

    Yg KM beli tu berapa RM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli di carnation nursery jln ke tc ...50.00 besar jugak

      Delete
  2. Saya baru tekan baca tadi...rupanya RM70

    Tapi sini tak ada besar tu...tapi saya dah cadang nak cari di nursery lain...

    Pasu tu pun cantik...sesuai sangat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.