KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, January 13, 2015

Gambar selepas banjir di Guchil, Kuala Krai


Salam sejahtera. Lama betul tak update blog. Selepas banjir melanda...dan kami sekeluarga juga menjadi mangsa banjir, mood untuk berblog hilang seketika. Tambahan pula kesibukan mengemas rumah selepas banjir, persiapan anak-anak untuk sesi baru persekolahan dan sebagainya, menyebabkan banyak entri tertangguh. Kali ini saya paparkan gambar-gambar yang saya rakam sendiri beberapa hari selepas banjir surut di Guchil, Kuala Krai, Kelantan.



Selain ada yang hilang terus rumah kediaman, ramai juga yang berhadapan dengan kerosakan teruk rumah yang didiami sekian lama. Melihat dengan mata sendiri kesan banjir di sini, membuatkan saya teringatkan satu peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.








Semasa membuat lawatan ke sini, sebenarnya rumah saya sendiri pun belum dibersihkan sepenuhnya. Keadaan di kampung saya tidaklah seteruk di sini, biarpun 90 peratus penduduk kampung saya telah berpindah kerana banjir yang tidak diduga sehebat ini pada tahun 2014. Semoga semua mangsa banjir bersabar dengan ujian daripada yang maha Esa.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..lps cuti sem hr tu ingat nak jumpa tp busy dgn banjir n cuaca x menentu...in sha Allah nnt akan ketemu jua..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.