expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 28, 2015

Jom kita gelak


Jom sama-sama kita bergelak ketawa.Hehe....Kalau betul lah seperti kajian yang disiarkan dalam keratan akhbar Utusan Malaysia tu, kan bagus...tak perlu bersusah - payah ke gimnasium. Cuma perlu bergelak ketawa selama satu minit jer dapat menyamai faedah kesihatan aktiviti gimnasium selama 45 minit.

Apa yang lebih penting di sini, selepas ketawa...tekanan darah akan kembali normal dan hormon tekanan berkurangan seterusnya dapat menguatkan sistem imun. Tengok tu...kan ada juga faedahnya kalau kita bergelak ketawa. Tapi pastikan kalau nak gelak tu, biar kena pada masa dan tempatnya. Jangan pula gelak seorang diri, ada yang salah faham pula nanti.

Saya rasa ada betulnya juga kajian tersebut. Kalau kita ketawa, pasti hilang masalah dan stress.Cuma masalahnya kalau dah stress tu, bukan senang untuk kita ketawa atau gelak. Kecuali ada orang lain atau perkara tertentu yang dapat mencuit hati kita untuk ketawa.

Sesetengah orang suka menonton rancangan komedi untuk menghilangkan stress. Boleh gelak kuat-kuat apabila ada adegan yang melucukan. Tak kurang juga yang rasa makin stress apabila lawak yang dibuat tu macam terpaksa...atau lawak bodoh. Hmmmm bukan senaang nak buat orang ketawa ni yer!

Apapun...bolehlah kita cuba amalkan apa yang dibuat kajian oleh profesor dari Jerman ini. Sekurang-kurangnya apabila kita ketawa atau gelak...hilanglah sedikit bebanan kerja seharian.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.