Sebulan selepas kejadian banjir besar 2014, barulah saya berkesempatan meninjau sendiri kawasan yang terjejas teruk akibat banjir iaitu Manek Urai Lama. Menjejakkan kaki, mendengar cerita daripada penduduk setempat dan melihat sendiri keadaan di sini, memberikan seribu satu rasa. Entri kali ini saya kongsikan gambar-gambar yang sempat dirakam. Gambar kerosakan rumah-rumah tak dapat dirakam dari jarak dekat memandangkan kesukaran untuk parking kereta, dan jalan agak sesak memandangkan ramai yang berkunjung ke sini pada hari cuti hujung minggu.
Khemah yang siap dibina untuk mangsa banjir yang kehilangan rumah.
Ramai sukarelawan datang membantu membersihkan kawasan
Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi situasi pasca banjir.
semoga semuanya tabah..
ReplyDelete