expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, February 28, 2015

'Perginya' seorang guru



ALFATIHAH buat arwah cikgu Mohd Nor Husni, rakan sekerja saya yang telah kembali ke rahmatullah jam 4.27 pagi tadi di HPRZ2 Kota Bharu. Gambar di atas merupakan gambar terakhir kami bersama-sama arwah pada hari Khamis lepas 26.2.15 sewaktu acara larian merentas desa sekolah.

Allahyarham merupakan seorang guru yang baik, suka membantu dan disenangi semua. Pemergiannya satu kehilangan seorang pendidik yang telah banyak berjasa. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga arwah, semoga tabah menerima dugaan ini. ALFATIHAH.

Friday, February 27, 2015

Marsha Sofea 7


Sambutan Birthday Marsha Sofea kali ini bertemakan frozen...musim frozen sekarang kot. Kek pun mesti frozen. Ini ulang tahun kelahiran yang ke 7. Majlis makan-makan dan potong kek ni dihadiri ramai tetamu kaum kerabat..termasuklah keluarga rakan-rakan Marsha. Opss lupa pula nak ambil gambar menu petang tu..Apapun jom layan gambar yang sempat dirakam.

Thursday, February 26, 2015

Hambali Johan merentas desa 2015

Hari merentas desa sekolah bagi tahun 2015. Biarpun penat berlari, semua pelajar enjoy berlari sambil menghirup udara segar dan menikmati kehijauan alam. Ada yang berlari bersungguh-sungguh untuk merebut tempat dalam acara ini, tak kurang juga yang berlari-lari anak...hehe...maklumlah anak-anaklah katakan..Jom layan foto sekitar acara yang berlangsung pagi tadi...

Wednesday, February 25, 2015

Ceria dan berinformasi


Wah.. nampak meriahlah pula laluan pejalan kaki ni. Laluan ni menjadi seliaan Jabatan Bahasa sekolah. Saya tumpang posing jer tu...sorry yer sebab awal-awal lagi posing kat situ. Sebenarnya laluan tersebut masih dalam proses 'mencantikkannya' dengan hiasan dan info berkaitan bahasa Melayu. Kiranya belum dirasmikan lagi lah tu..hehe..

Bertugas pula minggu ni



Minggu ni saya jadi guru bertugas....maka kena datang awal kat sekolah. Huhu... terkejar-kejar bawa kereta untuk pastikan sampai sebelum 7.15 pagi. Perhimpunan pagi setiap hari bermula seawal 7.20 pagi para pelajar sudah berada di tapak perhimpunan. Dimulakan dengan bacaan al Quran, persembahan pelajar untuk program bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Seterusnya penyampaian amanat oleh pentadbir dan pengumuman rasmi sekolah.

Tuesday, February 24, 2015

Setelah 13 tahun


Detik yang menggembirakan apabila dapat bertemu semula dengan kawan baik yang dah lama terpisah. Setelah sekian lama tidak berjumpa kerana faktor jarak, masa dan pelbagai komitmen lain, maka pertemuan semula ini adalah sesuatu yang sangat dinantikan. Inilah situasi yang dirasai oleh puan isteri saya apabila berpeluang bertemu dengan kawan baiknya semasa sama-sama menuntut di UKM dulu. Sudah 13 tahun mereka tak jumpa, akhirnya kedatangan kawan lama dari Johor ini bersama-sama dengan suami dan anak-anak mereka, mengembalikan semula nostalgia lama.

Monday, February 23, 2015

Izat HUFAZ @ SMKAM



Setelah lama meninggalkan alam persekolahan, hari ini Izat datang melawat guru-guru di sekolah lamanya. Sejak menganggotai kumpulan nasyid HUFAZ, inilah kali pertama Izat berkesempatan berkunjung ke SMKAM. Lama betul tak jumpa awak yer Izat...Biarpun dah lama, tapi awak tak banyak berubah. Bekas solo kumpulan nasyid sekolah Shoutul Haq ini semakin dikenali setelah mempunyai kumpulan nasyid sendiri iaitu HUFAZ yang mana albumnya sudah berada di pasaran. Lepas ni bolehlah buat persembahan nasyid kat sekolah yer!

Hidangan menarik untuk anak-anak


Anak-anak tak mahu bawa bekal ke sekolah? Mungkin ada caranya untuk menarik minat mereka membawa bekal ke sekolah. Gambar kat atas tu mungkin satu caranya....Sediakan bekal yang boleh menarik perhatian anak-anak, dari aspek dekorasi yang diminati mereka. Cuma perlukan kreativiti ibu-ibu atau mungkin bapa?hehe...Sempat ker tidak, terpulang kepada kita. Kalau dah minat dan suka menyediakannya, soal masa bukan lagi alasannya. Dekorasi makanan atau dikenali sebagai bento ini juga sesuai untuk menarik minat anak-anak makan kat rumah.

Saturday, February 21, 2015

Shuhada & Haniff 2015


Selamat pengantin baru, dan selamat berbahagia buat Shuhada dan pasangannya Haniff yang telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini. Saya dan keluarga sempat menghadiri majlis akad nikah anak saudara ni, juga majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan dan majlis perkahwinan di rumah pengantin lelaki. Kiranya penuhlah aktiviti sempena cuti Tahun Baharu Cina kali ini yer..

Wednesday, February 18, 2015

Hidangan Meja Pengantin


Sempena cuti CNY ni, ramai juga yang nak melangsungkan perkahwinan. Cerita pasal kahwin ni, teringat pula saya kat satu entri saya yang terperap lama ni...Entri pasal hidangan meja pengantin yang mana idea dan dekorasi menu pengantin oleh puan isteri saya. Hidangan untuk pengantin, yang juga merupakan anak saudara kami ini disediakan sempena majlis perkahwinannya Disember 2014. Tak sempat nak buat entri pasal hidangan pengantin kerana banjir besar hujung tahun lepas. Jom tengok apa yang disediakan kali ini.

Tuesday, February 17, 2015

Harga barang akan turun?

Kosmo: 17 Feb 2015

Mesti ramai yang seronok kan apabila harga barang turun! Hanya pengguna yang kurang waras saja yang suka kalau harga barang semakin naik. Tajuk muka depan akhbar KOSMO hari ni memang menarik perhatian saya, mungkin juga anda. Dikhabarkan bermula 1 Mac ini akan berlaku penurunan harga besar-besaran bagi barangan keperluan meliputi makanan dalam tin dan barang basah iaitu antara 10 hingga 20 peratus. Diskaun hebat ini akan ditawarkan oleh pasar raya besar yang terkenal seperti Tesco, Aeon dan Mydin.

Monday, February 16, 2015

Sesi bergambar kembali lagi



Jom..jom...bergambar. Amboi suka la tu kalau dapat bergambar beramai-ramai. Ini bukan penggambaran filem yer, tapi penggambaran untuk majalah sekolah yang berjudul TAQWA untuk edisi 2015. Anak-anak pelajar ni memang kreatif kalau bab bergambar...macam-macam aksi. Nasib baik ada guru penasihat majalah yang terpacak kat set penggambaran untuk memastikan gambar-gambar yang dirakam tu sesuai dan beretika.Huhu...

Pelantikan Pemimpin Pelajar


Semalam punya cerita...Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar kat sekolah saya. Kiranya majlis ni untuk mengiktiraf pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengawas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan lain-lain..... Bukan calang-calang orang yang menyampaikan watikah pelantikan ni....Tuan pegawai polis dari IPK Kelantan lagi tu.

Tuesday, February 10, 2015

Macam-macam pokok Puding


Entri ni khusus buat peminat puding. Bukan puding untuk dimakan, tapi puding sejenis pokok bunga yang tak berbunga...pokok hiasan! Kalau di Kelantan pokok puding ni dikenali sebagai pokok podi. Menjadi 'kegilaan' sekarang ni menanam pokok puding bagi sesetengah orang. Opsss... saya tak termasuk dalam kategori tu yer. Entri ini sekadar berkongsi gambar-gambar pokok puding yang saya rakam semasa singgah di sebuah kedai bunga.

Sticker pada buku latihan pelajar


Apa khabar semua? Rasa macam lama benar tak buat entri baru.. Sejak dua menjak ni banyak betul aktiviti dan halangan yang menghalang daripada saya membuat entri baru. Tengoklah kat meja tu....buku-buku latihan pelajar yang sedang menunggu untuk disemak. Itulah rutin harian seorang guru, tak lepas daripada buku-buku latihan pelajar. Kali ni tak payah cerita pasal banyak buku untuk disemak...tapi nak cerita pasal sticker pelbagai warna kat buku latihan tu!

Tuesday, February 3, 2015

Jom masak pizza


Jemput makan semua. Menu malam ni pizza special yang dibuat sendiri di rumah. Apa yang special nya? Special sebab anak-anak yang buat dekorasi pizza ni. Puan isteri saya sediakan bahan-bahannya, bagi peluang anak-anak hias sendiri pizza ni. Sukalah tu....macam main masak-masak pula.

Sunday, February 1, 2015

Januari @ Smkam


Pejam celik..pejam celik dah habis bulan Januari. Kiranya dah 3 minggu sesi persekolahan 2015 bermula. Entri ini akan berkongsi aktiviti yang turut melibatkan saya secara langsung mahupun tidak sepanjang Januari. Bulan Januari, semua guru lelaki memakai baju putih dan bertali leher merah setiap Ahad. Masuk bulan Februari ni lain pula ceritanya...setiap guru akan memakai tema warna berlainan setiap Ahad. Januari juga menyaksikan banyak mesyuarat...kadang-kadang mesyuarat yang bermula 2 petang akan berakhir 4.30 petang.