KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, February 17, 2015

Harga barang akan turun?

Kosmo: 17 Feb 2015

Mesti ramai yang seronok kan apabila harga barang turun! Hanya pengguna yang kurang waras saja yang suka kalau harga barang semakin naik. Tajuk muka depan akhbar KOSMO hari ni memang menarik perhatian saya, mungkin juga anda. Dikhabarkan bermula 1 Mac ini akan berlaku penurunan harga besar-besaran bagi barangan keperluan meliputi makanan dalam tin dan barang basah iaitu antara 10 hingga 20 peratus. Diskaun hebat ini akan ditawarkan oleh pasar raya besar yang terkenal seperti Tesco, Aeon dan Mydin.

Kosmo: 17 Feb 2015

Langkah penurunan harga barang ini sangat bagus dan patut dicontohi oleh pasar raya yang lain. Saya rasa selepas ini akan berlaku persaingan yang sihat antara pasar raya untuk menurunkan harga barang bagi menarik pengguna. Sebagai pengguna yang bijak...bolehlah membeli barangan yang betul-betul ada penurunan harga. Elok juga berhati-hati dalam pembelian agar tidak membeli barangan lain yang tidak diperlukan atau yang tiada dalam senarai barang yang hendak dibeli apabila berkunjung ke pasar raya yang menurunkan harga barang tertentu sahaja.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.