Sempena cuti CNY ni, ramai juga yang nak melangsungkan perkahwinan. Cerita pasal kahwin ni, teringat pula saya kat satu entri saya yang terperap lama ni...Entri pasal hidangan meja pengantin yang mana idea dan dekorasi menu pengantin oleh puan isteri saya. Hidangan untuk pengantin, yang juga merupakan anak saudara kami ini disediakan sempena majlis perkahwinannya Disember 2014. Tak sempat nak buat entri pasal hidangan pengantin kerana banjir besar hujung tahun lepas. Jom tengok apa yang disediakan kali ini.
Haa..buah-buahan segar dari ladang. Ada tembikai, oren, anggur dan daun salad. Gubahan buah-buahan ni tak diberi nama. Panggillah apa pun...janji buah-buahan tu boleh dimakan oleh pengantin dan mereka yang sempat merasanya.
Ikan siakap goreng berselimut dengan pelbagai rasa. Rugi betul kalau tak cuba.Hehe..
Yang ni best juga..ayam golek, siap ada dua biji telur!
Best kan jadi pengantin ni, dapat makan yang sedap-sedap jer.
Menu wajib ada....udang goreng dipacak bersama telur burung puyuh.
Siapa cepat dia dapat...
Puding istimewa edisi terhad
Tadaaa... sebelum pengantin tiba,
Tuan pengarah posing dulu dengan hasil rekaan.
Jom...jom...mari makan...
Tu dia..pengantin dah ajak makan sekali.
Inilah keadaan di meja pengantin
dengan kedua-dua belah keluarga ada bersama
menikmati hidangan yang disediakan.
Hidangan di meja pengantin dah licin....Sekian....
Assalamualaikum...
ReplyDeletewow...nampak sedap hidangan pengantin tu...
maaf x dapat jumpa hari tu...sibuk dgn banjir..
in sha Allah...bila2 nanti kita jumpa.
selalunya pengantin tak makan sangat. kontrol ayu n kontrol hensem. nak makan pun malu. yang bestnya pak, mak sedara dan sepupu sepapat yang makan lepas tu. hehehe.
ReplyDeletesedap tu..sy x de la hidangan pengantin mcm tu. mkn biasa2 je..
ReplyDelete