KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, February 10, 2015

Macam-macam pokok Puding


Entri ni khusus buat peminat puding. Bukan puding untuk dimakan, tapi puding sejenis pokok bunga yang tak berbunga...pokok hiasan! Kalau di Kelantan pokok puding ni dikenali sebagai pokok podi. Menjadi 'kegilaan' sekarang ni menanam pokok puding bagi sesetengah orang. Opsss... saya tak termasuk dalam kategori tu yer. Entri ini sekadar berkongsi gambar-gambar pokok puding yang saya rakam semasa singgah di sebuah kedai bunga.



Nampak tu...macam-macam jenis spesis puding ada. Boleh rambang mata dibuatnya. Harga pula berpatutan, serendah RM 5 sahaja sehingga mencecah puluhan ringgit bergantung kepada spesis dan saiz pokok tersebut. Bagusnya kedai bunga ni (nama kedai dan tempat dirahsiakan..huhu...) siap ada label nama spesis puding. Sesuai bagi mereka yang nak buat kajian atau penyelidikan pasal puding. Jom layan gambar...












Ok...semoga paparan ini memberi sedikit gambaran tentang pokok hiasan taman...pokok puding. Sekarang ni pokok puding bukan lagi hanya ada di tanah perkuburan dan kampung-kampung, tapi sudah mula ditanam di kebanyakan tempat. Bagi yang meminati pokok ni, sanggup mencarinya walaupun kedai yang menjualnya terletak jauh dari kediaman sendiri. 

11 comments:

  1. Terbayang puding dalam peti sejuk..hehe

    ReplyDelete
  2. Salam.. boleh sy tahu kat mn nursery puding ni..tq

    ReplyDelete
  3. salam..
    terima kasih kongsikan tentang pokok pudding ni...

    ReplyDelete
  4. Encik..pls share lokasi kedai ni..sy ni pminat puding..pls..hrp sudi email zaimz4041827@gmail.com

    ReplyDelete
  5. En. di mana lokasi kedai pokok puding.. sy berminat nk tahu.. tq
    0123100497-rose

    ReplyDelete
  6. Selalu org tanam kat batas kubur...

    ReplyDelete
  7. Peringat, Kota Bharu, Kelantan

    ReplyDelete
  8. salam...en...mcm mane nk beli pokok2 ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.