KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, March 31, 2015

Basikal baru sebelum GST


Inilah 2 buah basikal yang baru dibeli. Biru untuk Imdad, dan Oren untuk Ardini. Beli basikal ni takde kaitannya dengan GST. Tapi kan...tuan kedai tu beritahu stok basikal kat kedainya tak banyak sebab pembekal tak mahu jual dalam kuantiti yang banyak. Nak tunggu April ni baru banyak stok. Hmmmm dah faham kan apa maksudnya.. Puan isteri yang beria-ia nak belikan 2 buah basikal ni kepada Imdad dan Ardini...tak tahu lah sempena apa..rahsia!



Tu dia...tak berhenti-henti kayuh basikal. Main basikal ni pun hari cuti jer. Kalau hari sekolah, tak sempat nak kayuh basikal. Balik sekolah, petang pergi mengaji Quran pula. Pukul 7 petang baru habis...dah malam pun. Kesian tak sempat nak main basikal. Oh ya, harga sebuah basikal tu sekarang RM 190. Lepas GST ni tak tahulah...naik ke turun harganya.


Sadiq punya basikal yang hijau tu masih baru lagi. Mula-mula tu dia buat muka sedih juga apabila tengok abang dan kakaknya dapat basikal baru. Dia pula naik basikal lama...huhu...Apapun..kayuhlah basikal tu puas-puas. Selain untuk kecergasan fizikal, boleh mengurangkan aktiviti main game, dan menonton tv.

1 comment:

  1. salam bro...

    pasti seronok dapat basikal baru imdad tu.....jangan lupa...
    main main juga...keselamatan harus di utamakan tau..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.