KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, March 17, 2015

Hotel Permai Kuala Terengganu


Kalau berkunjung ke Terengganu, jangan risau pasal penginapan. Kat sini ada banyak hotel. Boleh menginap kat mana-mana hotel mengikut kemampuan masing-masing. Kali ni saya ke Kuala Terengganu atas urusan kerja, dan menginap di hotel Permai, Kuala Terengganu. Ini adalah kali kedua saya menginap di sini. Biliknya bersih, kemas dan cantik. Harga...lupa pula nak tanya pasal kami tak perlu bayar pun.Hehe..



Makanan kat sini pun sedap-sedap. Penat juga makan 6 kali sehari ni. Nasib baik 3 hari dua malam jer...Itupun dah naik berat badan.. Bagi yang suka makan tu, sesuai benarlah menginap kat sini. Saya tertarik dengan air minuman dalam botol tu. Siap ada logo hotel pada botol minuman tu. Hmm..selain dapat minum, boleh juga dibuat cenderahati...kan!



Gambar yang dirakam sendiri dari bilik hotel tingkat 4. Gambar yang atas dirakam pada waktu senja, dan yang bawah tu pada waktu tengahari. Pemandangan yang cantik, terus ke arah laut. Kalau larat bolehlah joging ke sana. Tak sempat nak joging pun, sebab jadual kursus yang padat.



Anda boleh ke Pasar Besar Kedai Payang. Dekat jer dari hotel ni. Jalan kaki memang tak sampai lah kot. Hehe.. Masa saya pergi hari tu dah pukul 6 petang, banyak kedai dah tutup. Nak pergi awal tak bolehlah kan...kena habiskan jadual kursus...



Gambar kiri tu, salah satu landskap di hotel Permai. Sebelah kanan tu pula pantai Batu Burok. Sungguh mendamaikan panorama waktu senja di tepi pantai.



Inilah taklimat yang saya hadiri di hotel Permai, Kuala Terengganu. Kredit buat cikgu Mohd Amin atas penyediaan gambar yang menarik dan bermakna ini. Ramai juga peserta kursus ni, tapi yang ada dalam gambar tu cuma sebahagian. Oh yer..lupa pula nak beritahu, kat sini juga saya terjumpa dengan seorang blogger iaitu abe kie. Sebelum ni cuma kenal beliau dalam blog jer. Sibuk punya pasal tak sempat nak rakam gambar bersama abe kie..Lain kali lah yer.

Ok...itu saja cerita kali ni...Terima kasih kepada JPN Kelantan kerana menaja penginapan 3 hari 2 malam kami di sini. Selesai taklimat, kepada semua peserta, jangan lupa buat kerja tu yer.huhu...banyak betul kerja menanti. Kepada yang nak cuba menginap di hotel ni...silakan...

2 comments:

  1. nanti raya boleh la jumpa dgn abe kie...maaf jadual padat sgt ari tu..x sempat nak posing. heheheh

    ReplyDelete
  2. Kalau ada rezeki dan terdampar di Kuala Terengganu saya tak akan lupakan hotel ini, dah ada idea nak menginap di mana...

    Nota: Blog encik Ghaz telah saya masukkan dlm bloglist saya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.