Projek siapkan jalan baru depan rumah bermula. Dalam entri sebelum ini saya dah paparkan longgokan tanah yang dibeli untuk satu projek. Inilah projeknya. Buat jalan jer...bukan nak bina apa-apa. Jalan yang sedia ada tu kami nak tanam pokok bucida. Dalam gambar tu jengkaut sedang menggali lubang untuk ditanam pokok. Ada 7 lubang sepanjang jalan..maknanya kena ada 7 batang pokok bucida. Sebatang pokok tu yang masih kecil dalam polibeg berharga RM 40...tu harga sebelum GST. Hehe...
Pasal sewa jengkaut tu...RM 360 untuk satu hari. Tapi saya sewa untuk separuh hari selama 4 jam dengan bayaran RM 290. Boleh tahan juga bayarannya kan...Tugasnya meratakan longgokan tanah untuk jalan, menggali lubang untuk tanam pokok dan meratakan tanah. Proses tersebut kalau nak ikutkan tak cukup masa 4 jam. Sebab tu lah hasilnya tak nampak kemas sangat.
Dan inilah hasilnya. Jalan baru dah boleh digunakan. Jalan tanah jer tu...tak cukup bajet nak beli batu...apatah lagi nak tar. Tunggulah kalau ada orang nak sponsor..hahaha...Nampak tinggi lagi jalan tu sebab belum kena hujan. Sebulan dua lagi rendahlah tu...Kalau nak buat trek latihan larian 100 meter pun dah boleh sangatlah. Petang-petang aktiviti lumba lari dengan anak-anak.hehe..
Bestnya...
ReplyDeleteLuas kawasan...
Ada jalan masuk ke rumah.