KOLEKSI ISTIMEWA

Monday, March 30, 2015

Pagar rumah saya terbakar!


Bukan saja sebahagian pagar bahagian hadapan rumah saya hangus terbakar, tapi rumput, daun-daun kering dan ranting pokok juga terbakar...seperti dalam gambar tu. Kejadian berlaku pada waktu petang sewaktu ketiadaan kami di rumah. Macamana boleh terbakar? Jiran baru kami yang tanahnya depan rumah saya yang melakukan pembakaran tersebut. Kononnya dia nak bakar longgokan batang pokok,ranting pokok dan daunan kering yang telah dibersihkan hampir 2 minggu tu.



Longgokan pokok kering tu betul-betul di sebelah pagar rumah saya. Cuaca kering dan berangin menyebabkan api marak dengan cepat. Mengikut jiran-jiran yang lain, keadaan pada masa tersebut begitu mencemaskan dan mereka hampir menghubungi pihak bomba untuk memadamkan kebakaran. Kalau saya ada kat rumah pada masa tu...mesti saya rakamkan gambar api sedang marak menjulang tu...hmmm keadaan cemas macam tu sempat ker nak tangkap gambar...Api berjaya dipadamkan menggunakan semburan air paip dari rumah berdekatan.


Disebabkan pembakaran terbuka tanpa memikirkan kesannya oleh jiran baru saya tu...tengoklah apa sudah jadi dengan pokok-pokok kesayangan saya. Dah 2 tahun kami tanam pokok-pokok tu..Gambar atas kiri, pokok ekor tupai, gambar atas kanan pokok durian sayur atau durian Belanda...kedua-dua pokok ni sudah melepasi ketinggian saya sendiri. Gambar bawah kiri pokok kelapa mataq, gambar bawah kanan pula pokok ciku. Apa nak buat...perkara dah berlaku, takde rezeki la dengan pokok-pokok tu.



Pandangan dari jauh kawasan kejadian. Nampak kan...tinggi betul api  menjulang..sampai ke puncak pokok rambai yang tinggi tu. Masa saya balik petang tu...jiran baru kami ada di tempat kejadian. Dia sendiri pun tak terkata dengan kejadian yang tak dijangkakan tu. Tak tegur pun saya...apa lagi nak minta maaf pasal pagar rumah saya dan pokok-pokok saya tu..huhu....

Saya berandaian baik...mungkin dia masih terkejut dengan kejadian tu... Kalau ikutkan hati...geram pun ada...tak boleh ker fikir kesannya membakar  longgokan pokok kering tu dalam cuaca panas, kering dan berangin...Lagipun pembakaran tu betul-betul di sebelah pagar rumah saya. Ishhh...macam ni pun ada...

4 comments:

  1. Saya turut bersimpati...

    ya la kan, tak kanlah tak tahu sekarang ni musim kemarau...dan bahaya kalau membakar...

    Semoga pokok-pokok tersebut hidup kembali...

    ReplyDelete
  2. Saya telah masuk anda dalam bloglist saya. Tqvm.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.