Bukan perkara baru ni...pelajar sering lupa menulis nama guru yang mengajar bagi subjek tersebut pada buku jawapan kertas peperiksaan mereka. Maklumat lain seperti nama, no kad pengenalan, tingkatan dan subjek diisi lengkap. Ruangan nama guru mengajar tu dibiarkan kosong....nak suruh cikgu isi sendiri kot. Ish...terasa juga sedikit kecewa apabila anak murid tak ingat nama gurunya.
Terima kasih kepada yang memberi komen dalam FB saya tadi... Saya tulis pasal perkara ni bukan nak menghukum atau mencari salah sesiapa, cuma sekadar nak beri peringatan kepada anak-anak murid semua...belajarlah untuk menghargai guru-guru anda. Biarpun bilangan yang tak tulis nama guru mereka ni tak ramai, tapi itu menunjukkan 'ketidakcaknaan' anda..
Tahniah kepada pelajar yang tulis lengkap nama guru mereka. Anda memang seorang yang menghargai guru anda. Biarpun tiada kaitan dengan markah bagi skrip jawapan tersebut, tapi anda memang seorang yang cakna tentang "siapa" guru yang mengajar anda.
Kadang2 murid2 dalam keadaan tertekan dan panik lupa nama guru. Ia pernah terjadi kepada nak saya bila dibawa ke pejabat sekolah terlupa nama guru kelasnya, saya pula yang terpaksa beritau kepada kerani pejabat...
ReplyDeletebetul, aku setuju tulis nama guru/pengajar sbagai tanda penghargaan
ReplyDelete