KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, March 31, 2015

Telur menetas sebelum GST


Beberapa jam saja lagi (semasa entri ditulis) akan bermula GST. Ehhh...nak kaitkan juga dengan GST sebab semua orang bercerita pasal GST. Hehe...Cerita pasal anak burung ni..Beberapa hari lepas saya dah perasan ada 2 biji telur burung dalam sarang kat atas pokok puding dalam kawasan rumah saya. Petang tadi...dah menetas pun 2 biji telur tu...Kiranya anak burung tu lahir sehari sebelum GST dilaksanakan. Hehe...Macam tak percaya jer tengok anak burung tu besar juga berbanding telur. Opss lupa nak ambil gambar telurnya.



Gambar sebelah kiri tu adalah pokok puding yang menjadi tempat burung ni bersarang. Masa tengok tadi, ibu kepada anak-anak burung tu takde kat sarangnya...keluar cari makan kot. Terganga-nganga anak-anak burung tu nakkan makanan...Sabarlah yer...tunggu ibu bawakan makanan nanti.

Dalam entri tahun lepas saya ada paparkan sarang dan telur burung dari spesis yang sama yang membuat sarang kat pokok-pokok di halaman rumah. Tapi kali ni saya bernasib baik kerana dapat melihat telur yang dah menetas dan anak-anak burung yang masih berada dalam sarang.

Saya harap esok dapat tengok lagi anak-anak burung ni...Semoga selamat kat situ. Janganlah ada kucing yang perasan ada anak-anak burung kat situ, sebab pokok puding ni rendah jer.

4 comments:

  1. besok april fool....terus GST..kita dah kena prank...

    ReplyDelete
  2. Kucing zumal pun beranak sebelum GST 4 ekor ^^

    ReplyDelete
  3. bela lah.ajar makan suap, mesti jadi jinak

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/03/cost-per-unique-visit-from-nuffnang.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.