expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 12, 2015

Ular dalam rumah


Balik rumah tadi masa nak buka tingkap kat bilik tidur anak, terkejut betul saya apabila tengok sarung ular berjuntai macam dalam gambar kat atas tu. Saiznya besar juga la. Panjangnya pun boleh tahan juga. Ishhh seram betul...Saya tak pasti spesis apa. Bila dan bagaimana ular ni masuk rumah pun tak tahu.



Secara logiknya ular ni tak boleh masuk semasa semua tingkap dan pintu ditutup kerana rumah ni takde lubang pun. Mungkin ia masuk masa tingkap bilik dibuka...kiranya ular ni jenis memanjat kot...sebab tingkap bilik tu tinggi juga. Atau masuk ikut pintu rumah...ishhh entahlah...Takde idea pula nak buat tekaan.


Tingkap ni memang saya selalu buka...Tak perasan pula kalau ular ni dah lama kat atas bingkai tingkap tu sebab tempat tu tertutup dengan langsir. 



Sehingga entri ini ditulis, kami dah geledah bilik tersebut dan seluruh kawasan dalam rumah ni...Tak jumpa pula tempat ia sembunyi. Harap-harap ular tu dah keluar. Tapi bila dan bagaimana? ishhh...ada teori ker pasal ni? Semoga keluarga kami dijauhkan dari perkara-perkara yang tak diingini..Wahai sang ular...pergilah jauh-jauh, jangan ganggu kami.

4 comments:

  1. Rumah kampung saya selalu begini. ular salin kulit atas sliding door...tapi time dia ada tak pula nampak. tau-tau tinggal sarung aje..biasanya dia dah keluar...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...KM,

    wahh.. besar betul ular tu.. seram pulak tengok..

    mselim3

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.