KOLEKSI ISTIMEWA

Sunday, April 19, 2015

Pesta Kaul di Mukah, Sarawak


Sarawak terkenal dengan keunikan budaya yang menjadi tarikan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. Empat tahun bertugas di Sarawak dahulu menjadikan saya mengetahui serba sedikit adat dan budaya masyarakat di sana. Entri kali ini akan memaparkan pesta Kaul yang menjadi tradisi masyarakat Melanau Mukah.


Saya tidak pernah melihat dengan lebih dekat pesta ini dahulu memandangkan saya bertugas di bandar Miri. Bagaimanapun saya bernasib baik kali ini apabila bekas pelajar saya, Marilyn Nari Moon telah mengirimkan gambar-gambar pesta Kaul yang berlangsung setiap April di Mukah. Semua foto adalah koleksi Nicholas Walker anak Abau. Saksikan...


Setiap perahu dihias menggunakan daun yang telah diubahsuai mengikut kreativiti mereka, dan setiap anyaman itu mempunyai maksud yang tersendiri.



Anyaman yang diangkat itu dipanggil Seraheng. Ia adalah kepala upacara Kaul Mukah.



Antara makanan yang dibawa




2 orang yang memakai topeng itu
dianggap sebagai hantu laut yang diiring ke dalam sampan
menuju ke tapak pesta kaul.



Bergambar dengan Seraheng




Mereka akan membawa makanan masing-masing,
dan akan dimakan di tapak Kaul sebagai adat Kaul....orang Melanau
menjamu semangat laut.



Seraheng akan dipacak di pantai menandakan simbolik upacara Kaul telah dilaksanakan.




Demikian perkongsian beberapa keping foto dan sedikit info berkenaan pesta Kaul di Mukah Sarawak. Semoga paparan ini memberi satu pengalaman baru buat pembaca blog ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Marilyn Nari Moon yang sudi berkongsi foto dan info di sini.


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.