KOLEKSI ISTIMEWA

Friday, April 10, 2015

Pokok pisang dah berbuah


Ehhh macamana tak perasan ni....Pisang yang kutanam dah berbuah rupanya. Teruk betul kan...boleh tak perasan pisang dah berbuah. Hehe.. Kiranya ini adalah buah sulung. Pokok pisang lemak manis ni ditanam di belakang rumah. Lupa pula bila tarikh tanamnya. Tapi pokok ni tak mati walaupun ditenggelami air masa banjir baru-baru ni. Kalau diperhatikan betul-betul..masih terdapat kesan lumpur paras air masa banjir hari tu pada dinding rumah. Alhamdulillah, kalau ada rezeki boleh tengok buah pisang ni masak dan boleh dimakan nanti, in sha Allah.



Di sekeliling pokok induk tu dah ada beberapa batang anak pokok pisang. Betul la orang tua pernah mengatakan pisang takkan berbuah dua kali. Dah berbuah dan masak setandan, maka giliran pokok yang lain pula berbuah. Sungguh indah dan teratur ciptaanNya.

Tak rugi kalau berbakti kepada tanah. Nanti akan dapat hasilnya...Pokok pisang tu saya tak jaga pun dari segi baja dan air. Tanam jer...Nasib baiklah tu boleh dapat hasil.hehe..Ok..sama-sama kita tunggu buah pisang ni masak.


4 comments:

  1. Kena bungkus dgn kertas/plastik kut...

    ReplyDelete
  2. apa nama masakan batang pisang tu.. tiba2 plak eringin nak makan bila tengok pokok pisang. nyum nyum

    ReplyDelete
  3. salam...
    dapatlah rasa hasil bumi dengan tangan sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.