KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, April 7, 2015

Tilam dan bantal sumbangan UMNO


Sudah 4 bulan banjir besar berlalu, bantuan daripada pelbagai pihak terus diterima. Penduduk yang terjejas banjir di kampung saya di parlimen Kubang Kerian baru saja menerima bantuan bencana alam sumbangan Kelab Putera 1 Malaysia. Sumbangan berupa tilam dan bantal bagi setiap keluarga itu dapat meringankan sedikit beban keluarga untuk menggantikan tilam dan bantal yang rosak semasa banjir baru-baru ini. 



Sebelum ini, ada juga beberapa pertubuhan politik dan NGO lain turut menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung. Saya sendiri tak kisah sangat dengan sumbangan tu sebab malas nak berebut..hehe..Lagipun beri peluang kepada orang lain dulu lah.

Cuma...kami masih lagi menunggu bantuan bencana banjir daripada MKN yang dijanjikan sebanyak RM500 bagi satu keluarga. Dengar-dengar khabar angin...ada sesetengah kawasan dah dapat bantuan RM500 tu. Betul ker? Kalau dapat duit tu, dapatlah meringankan sedikit beban kami orang-orang kampung untuk berbelanja dan membayar GST!

2 comments:

  1. Ada bantuan yang memang tertulis nama penajanya. Tapi jika bantuan dari NGO yg melakukannya atas dasar 'fi sabilillah' tiada tertulis nama penajanya, mereka lakukannya kerana Allah. Apa pun ucapan terima kasih perlu diberi kepada penyumbang, tak kira apa niatnya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.