expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 5, 2015

Seperti Kaca terhempas ke Batu

Tn Nur Fathiah Tn Ab Rahman 4IK

Sedih...sangat sedih! Banyak perkara boleh membuatkan kita sedih. Kalau melibatkan soal hati...macam-macam boleh jadi..Hati yang hancur kerana amat sedih ini boleh dikaitkan dengan peribahasa seperti kaca terhempas ke batu. Tengoklah gambar kat atas tu, pecah berderai kaca tu apabila jatuh terhempas ke batu. Begitulah gambaran hati yang hancur.

Janganlah diikutkan sangat kesedihan hati kerana boleh membinasakan diri. Apabila hati sedih, kemurungan melanda diri menyebabkan urusan harian tergendala. Peribahasa ini sering digunakan oleh pasangan yang gagal dalam percintaan. Masa bercinta semua indah. Dah putus cinta baru terasa perit dan pedihnya hati...seperti kaca terhempas ke batu.

Anak-anak jangan main kaca yer...kalau terhempas nanti pecah berderai...dimarahi ibu! Hati pun begitulah, elok dijaga dan diberi perhatian. Sekali hancur...kesedihan itu tak dapat dibendung lagi. Menangislah untuk meredakannya buat seketika. Ada yang berpendapat...menagislah jika ia dapat membahagiakanmu.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.