KOLEKSI ISTIMEWA

Saturday, May 16, 2015

Terima kasih cikgu!


Selamat hari guru! Itulah ucapan yang menghiasi laman sosial hari ini 16 Mei 2015. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan ucapan selamat hari guru kepada saya, sama ada melalui laman FB, Instagram, twitter, whatsapp, dan sebagainya. Sebenarnya saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru saya dahulu. Mungkin ramai yang sudah meninggal...jasa dan budi baik kalian tetap dalam ingatan. Al Fatihah buat guru-guru saya yang telah pergi buat selamanya...



Gambar yang penuh nostalgia..semasa saya bersekolah dalam darjah satu. Masih ingat lagi...pertunjukan jenis-jenis kerjaya. Ada yang jadi guru, nelayan, peragawati, doktor dan lain-lain. Hehe...Yang pegang lampu suluh tu sayalah....jadi pengawal keselamatan kot. Terima kasih kepada cikgu yang melatih kami untuk pertunjukan ini. Bersusah payah cikgu latih kami untuk buat persembahan di hadapan penonton. Kawan-kawan lama saya dalam gambar tu pun ada yang masih berhubung sampai sekarang.



Satu lagi gambar nostalgia...yang ni masa darjah enam...Pasukan pengakap. Terima kasih kepada cikgu yang merakamkan gambar ini. Bukan senang zaman dulu nak bergambar....Bukan macam sekarang, macam-macam gajet ada untuk merakamkan kenangan di zaman persekolahan. Kawan-kawan dalam gambar ni ada yang masih berhubung dengan saya. Ada juga yang telah meninggal dunia. Al fatihah. Apapun zaman persekolahan sangat indah untuk dikenang.

Saya bersyukur dan berbangga kerana mendapat peluang untuk terus menabur bakti dalam dunia pendidikan. Hanya guru yang mengerti situasi sebenar dalam dunia pendidikan. Anak-anak pelajar hari ini jauh berbeza dengan zaman kita menjadi pelajar suatu ketika dahulu. Mereka mempunyai banyak akses maklumat dan pelbagai kemudahan belajar. Kita dulu banyak bergantung kepada guru untuk sebarang maklumat dalam pelajaran dan sebagainya.

Terima kasih cikgu! Selamat hari guru.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.