KOLEKSI ISTIMEWA

Friday, June 12, 2015

Bonsai Lantana


Pokok bunga lantana, dahulu memang banyak dalam hutan kat kampung. Sekarang jadi trend pokok bunga klasik ini ditanam semula. Maka lantana ini telah dijadikan bonsai. Wah nampak cantik juga dengan susunan pelbagai warna bunga-bunga lantana yang sedang berkembang. Pokok lantana memang lasak, boleh ditanam di bawah panas terik, cuma kena pastikan disiram sekurang-kurangnya sekali sehari agar daun-daunnya tidak layu.



Tertarik dengan bentuk bonsai dan warna bunga ni, maka kami pun belilah pokok ni di satu nursery. Harga asal RM 25 sepasu. Sebab dah kenal penjual tu, dan kami beli 3 pasu maka dapatlah harga RM 18 sepasu. Kira murahlah kan... Dah 3 hari beli ni, tapi belum ditanam lagi...ingat nak tanam kat atas tanah, bukan dalam pasu.



Yang ni memang penuh dengan bunga..Dah hampir  tak nampak daun pun.
Tahan lama juga bunga lantana ni. 



Sehari dua lagi kalau ada masa kami nak tanam kat ruang depan ni 3 pasu lantana ni.
Harap-harap pokok ni akan terus mengeluarkan bunga pelbagai warna,
dan menyerikan halaman rumah kami.


4 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.