expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 27, 2015

Bulan puasa: kedai gunting tutup?


Saya yang rajin ker tukang gunting rambut yang malas?huhu....Hari ni pagi-pagi lagi dah keluar rumah untuk ke kedai gunting rambut. Pagi pun...dah pukul 10 pagi yer. Kiranya waktu yang logik dan awal untuk gunting rambut. Bulan puasa ni letih juga nak keluar tengah hari, tambahan pula cuaca panas terik ni. Tapi kan...sedih betul.....


Sampainya ke kedai gunting yang saya biasa pergi, aduh....belum buka lagi. Hai dah pukul 10 pagi pun belum buka ker. Tak apalah...pergi jer ke kedai lain...Kedai gunting kedua pun tak buka juga....

Dipendekkan cerita....9 buah kedai gunting rambut saya kunjungi pagi ni...Semuanya TUTUP. Apakah saya silap hari...Oh tidak, hari ni bukan Jumaat tapi Sabtu. Kat Kelantan, Jumaat kedai tutup , Sabtu buka. Hmmm frust jugalah....

Bulan puasa ni kedai gunting rambut buka lewat kot...huhu...Geram pun ada...dalam hati berkata....pemalas betul tukang gunting tu...tidur la tu.Pukul 10 pagi pun tak buka kedai lagi. Penat campur geram...saya pun balik jer kat rumah....tidur juga lah...haha...

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.