Pertemuan semula setelah 30 tahun memang sesuatu yang cukup sweet. Tambah-tambah lagi reunion ini diadakan di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan. Dah lama bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan batch 1984 ini ingin mengadakan pertemuan. Alhamdulillah pada 5 hingga 6 Jun 2015 impian ini terlaksana meskipun masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan. Demi kawan-kawan...kami sanggup luangkan masa. Bukan senang nak berkumpul serentak macam ni.....
Biarpun cuma 10 keluarga sahaja yang sempat menyertai reunion kali ini, tapi itu satu permulaan yang baik. Perjumpaan singkat 2 hari satu alam ini telah merapatkan lagi hubungan rakan-rakan sekelas yang juga rakan-rakan sepermainan semasa di bangku persekolahan. Juga memberi peluang untuk saling mengenali keluarga masing-masing.
Acara untuk anak-anak....
Tahniah kepada yang memenangi acara sukaneka.
Banyak betul tempahan resort ni sepanjang cuti sekolah.
Kami juga dah buat tempahan sebulan lebih awal.
Acara kemuncak...makan-makan. Macam-macam menu untuk BBQ. Ada daging kambing, ayam, ikan, sotong dan lala. Tak lupa juga bihun dan nasi goreng special. Penatnya makan...hehe...Memang sedaplah makan-makan sambil berbual-bual di tepi pantai waktu malam. Oh ya...diadakan juga penyampaian hadiah dan cenderahati.
Bakar....jangan tak bakar...
Sambil tunggu BBQ masak...main pancing botol dulu.
Anak-anak mandi kolam....
Seronok betul budak-budak ni mandi kolam.
Ibu-ibu bapa-bapa pula sambung cerita di tepi kolam.Hehe...
Maklumlah 30 tahun tak jumpa, banyak sangat cerita.
Kami semua dah masuk usia 40an. Tapi masih muda kan! Hehe..
Tak lama lagi ada yang akan menerima menantu.
Terima kasih atas komitmen semua. Semoga perjumpaan kita kali ini menjadi titik tolak untuk terus mengekalkan ukhwah dan saling berhubung. Sesungguhnya zaman persekolahan sangat indah untuk dikenang. Biarkan kenangan itu terpahat indah dalam memori semua. In sha Allah, panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi.
Wow..bestnya reunion.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteseronoknya
waa lama juga tak reunion nie..
ReplyDeletebgus dapat jumpa kawan lama..
Jom Baca Artikel Menarik ini
4 Sebab Kenapa Tidak Digalakkan Menggunakan ADS di Search Engine