KOLEKSI ISTIMEWA

Saturday, June 13, 2015

Wau labah-labah pun ada


Sangat kreatif dan menarik. Itulah yang saya boleh katakan pada wau labah-labah ni. Kalau tengok dari jauh ingatkan tayar yang terbang. Bila tengok dari dekat rupa-rupanya labah-labah dan sarangnya terbang di udara. Wau ni dipamerkan semasa Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2015 yang berlangsung di Tumpat baru-baru ini. Dah banyak kali saya berkunjung ke pesta wau Kelantan. Rasanya inilah kali pertama saya tengok wau labah-labah.


Ada banyak lagi wau yang dipertontonkan kepada pengunjung. Wau yang pelbagai rekaan dan bentuk ini di bawa oleh peserta antarabangsa. Jadi peluang ke pesta wau sebegini seharusnya tidak dilepaskan untuk menyaksikan kepelbagaian rekaan wau.

Tengoklah kemeriahan wau pelbagai bentuk itu berterbangan di udara. Bukan saja kanak-kanak yang terpegun, orang dewasa pun tak melepaskan peluang untuk merakam gambar-gambar wau. Tahniah kepada penganjur. Jumpa lagi tahun depan.


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.