expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 25, 2015

Sesuatu yang memalukan di pantai Irama


Pantai Irama di Bachok Kelantan sudah lama terkenal dalam kalangan masyarakat setempat mahupun dari luar Kelantan. Petang semalam saya sempat berkunjung ke sana bersama keluarga. Ramai betul pengunjung pantai Irama, mungkin faktor cuti hujung minggu ditambah pula masih dalam suasana hari raya. Ekspo pantai yang sedang berlangsung juga menjadi tarikan sebahagian pengunjung ke sana. Pemandangan sewaktu matahari terbenam sangat cantik...Tetapi ada sesuatu yang mencacatkan pemandangan indah di pantai Irama...



Penuh dengan sampah! Sana sini sampah seperti bekas plastik,  pinggan dan  gelas polisterin bertaburan diterbangkan angin. Ada juga keluarga yang sanggup duduk-duduk sambil menikmati makanan sedangkan di sekeliling mereka penuh sampah! Saya mencari-cari tong sampah, tak ada satu pun tong sampah disediakan di kawasan ini. Hmmm patutlah sampah dibuang begitu saja oleh pengunjung. 



Sayang sekali pantai yang cantik dan sering dikunjungi oleh pengunjung ini dipenuhi sampah. Sebagai warga Kelantan, malu juga saya dengan situasi sebegini. Kalau pelancong dari luar negara melihat situasi sebegini, mesti mereka berprasangka warga Malaysia pengotor!

Semoga ada pihak yang mengambil berat isu sampah ini. Kepada pengunjung, sama-samalah kita menjaga kebersihan dan keindahan pantai. Jangan hanya pandai bercakap....mengatakan kebersihan sebahagian daripada iman, tapi hakikatnya sampah dibuang merata-rata. Sesuatu yang memalukan.....


3 comments:

  1. Tudiaa.. byknya sampah.
    Saya belum pernah sampai lg ke sana..

    ReplyDelete
  2. betul..kami sekeluarga pun ada pergi weken baru ni...nak duduk santai mmg tak la...

    ReplyDelete
  3. Pantai kat tempat KTC pun ada jugak macam nie --'

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.