KOLEKSI ISTIMEWA

Wednesday, August 19, 2015

Mengajar anak-anak mencuri?

Keratan akhbar Berita Harian 19.8.15

Membaca satu berita dalam akhbar Berita Harian hari ini, saya rasa terpanggil untuk mengulas pasal kes kecurian ini. Kecurian wang yang berlaku di masjid bukanlah perkara baru. Tapi kejadian kali ini di Bachok , Kelantan wajar difikirkan bersama kerana bukan saja dilakukan oleh pasangan suami isteri, malah turut melibatkan anak-anak mereka sendiri.


Kita boleh meneka punca keluarga ini mencuri, mungkin disebabkan desakan hidup. Persoalannya, kenapa mereka memilih jalan untuk mencuri di masjid, sedangkan banyak lagi kerja halal  boleh dilakukan. Nasib baik gelagat mereka dapat dikesan melalui rakaman cctv masjid berkenaan. Kalau tidak, mungkin aktiviti ini akan terus berulang.

Paling menyedihkan apabila pasangan suami isteri ini turut melibatkan 3 orang anak mereka yang berusia di bawah 6 tahun dalam kegiatan mereka. Bukankah sepatutnya ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak? Ini tidak....mengajar anak-anak bersekongkol mencuri. Tidak mustahil kalau tidak dibendung, budak-budak sebegini akan melakukan hal yang sama apabila berada di bangku sekolah kelak.

Ingatlah...anak-anak ialah amanah untuk dijaga dan dididik dengan sempurna. Merekalah pewaris generasi akan datang. Sama-samalah kita fikirkan jalan penyelesaian, agar perkara ini tidak berulang.




1 comment:

  1. ibu bapa ni model utama dan pertama pada anak-anak, sayang betul kalau diajar dengan cara salah macam ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.