expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 4, 2015

Roti Pattaya dan Roti Caber Special



Biasa kita makan nasi goreng pattaya. Kali ni saya nak perkenalkan roti pattaya pula. Pertama kali saya makan roti ni.....Rupanya macam gambar kat atas tu. Hmmm boleh pilih nak roti pattaya ayam mahupun daging. Rasanya memang sedap, berbaloi dengan harga cuma RM 5 sebiji.



Kat mana tempat makan ni? Lokasinya di Melor, Kelantan. Lebih spesifik lagi, berhadapan dengan pejabat pos Melor. Senang jer nak cari kedai ni, di sebelah kiri jalan utama dari Melor ke Kubang Kerian, selepas lampu isyarat Melor. Kedai ni dibuka dari jam 5 petang hingga 11 malam. 


Chicken chop pun ada...sedap juga ni. Tengoklah anak saya makan tu...
Imdad memang suka makan chicken chop.




Inilah yang dinamakan roti caber.
Saya pun baru jer dengar nama ni.
Boleh oder roti caber ayam bakar mahupun ayam goreng.



Kat kedai ni juga ada macam-macam menu lain.
Kalau sebelah malam tu, nasi ayam pun sedap juga.



Antara senarai menu dan harga.
Boleh datang dan cuba sendiri....
Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi...Abd Latif 013-4887503


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.