Nampak sedap...dan memang sedap pun dapat makan sotong goreng celup tepung ni. Apa kaitannya pula sotong celup tepung ni dengan nostalgia? Begini ceritanya, kami ada buat perjumpaan rakan-rakan semasa sekolah rendah dulu kat Juara Ikan Bakar, Kubang Kerian. Menu utama kami kali ini, sotong goreng celup tepung dan mee goreng. Perjumpaan kali ini bukan untuk makan semata-mata, tapi yang lebih penting dapat bersua muka dan beramah mesra dengan rakan-rakan lama.
Inilah wajah-wajah ceria dapat bertemu semula.
Biarpun semua dah berumahtangga dan mempunyai kerjaya sendiri,
itu semua tidak menjadi alasan untuk kami kekal bersahabat deperti dulu.

Biarpun semua di era 40an, tapi masih nampak muda.Hehe...ye ker?
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sponsor makan malam kami kali ini.
Semoga kita semua diberkatiNya, diberi kesihatan yang baik.
Panjang umur, murah rezeki in sha Allah kita jumpa lagi.
reunionlah nie..bestnya..:)
ReplyDeleteWalaupun simple...tapi ukhuwah tu yg menjadi ukurannya kan :)
ReplyDeletesedapnya sotong tepung tu...boleh gi try..
ReplyDeletesedapnyeeee..!!1
ReplyDeletenyum nyum nyum... lapar pulak rasanya...
ReplyDeleteOh tidak. Makanan lagi ***tutup mata
ReplyDelete