expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, October 25, 2015

Biskut Oat Krunch


Memperkenalkan biskut yang sedap dan berkhasiat..........Oat Krunch dengan tambahan Strawberry dan Blackcurrant.  Saya suka makan biskut ni..hehe.. siap promosi lagi kat sini. Suka betul ker atau sebab nak kan hadiah atau free gift? Hmm.... kira dua dalam satu lah...Suka makan biskut ni, kemudian kebetulannya dapat hadiah percuma.... 1 bekas biskut dengan setiap pembelian satu paket besar Oat Krunch yang mengandungi 16 paket kecil di dalamnya.



Inilah rupanya kulit luar bungkusan tersebut. Nampak biskut dalam gambar tu pun macam dah meleleh air liur. Haha...sabar jer lah. Itu belum tengok free giftnya lagi kat sebelah. Ada 4 warna kesemuanya. Kalau nakkan semua bekas biskut tu...kena beli 4 bungkuslah yer.. Kali ni saya pilih bekas biskut yang berwarna oren. Tapi bekas yang saya dapat tak sama pula macam dalam gambar.Huhu...



Best juga biskut ni siap dipaket kecil-kecil. Dalam satu paket tu pula ada 3 keping biskut. Sesuai juga untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah. Ibu bapa pun boleh juga bawa ke tempat kerja...tapi rasanya sekali makan....habis berpaket-paket. Haha...



Apa yang baik tentang campuran Oat, Strawberry dan Blackcurrant dalam biskut ni...baca kat atas tu.. Pasal harga, takdelah mahal sangat. Cuma RM 8.50 saja. Ok...kepada yang berminat, boleh dapatkan biskut ni kat mana-mana pasar raya berdekatan.


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.