KOLEKSI ISTIMEWA

Sunday, October 18, 2015

Jamuan akhir tahun di Sri Pantai Chalet



Biasa buat jamuan akhir tahun kat restoran, hotel mahupun tempat-tempat makan yang lain. Kali ni Pengawas Pusat Sumber Sekolah mengadakan jamuan akhir tahun kat sebuah chalet di Bachok, iaitu Sri Pantai Chalet, Melawi, Bachok. Terima kasih jemput saya....kami satu keluarga ke sana dari pagi sampai petang. Menu utama, ayam BBQ, nasi goreng dan bihun goreng. Sambil menyediakan ayam BBQ...bolehlah beramah mesra.



Cantik sungguh pemandangan kat sini. Anak-anak pun suka boleh bermain kat tepi pantai kerana kawasan yang luas. Pengawas PSS telah mengadakan beberapa pertandingan sukaneka untuk memenuhi masa dari 10 pagi hingga 4.30 petang. 



Gambar kat atas tu bentuk chalet yang saya duduki. Kadar bayarannya cuma RM 50. Kami tak bermalam kat sana. Masuk 12 tengah hari dan keluar 6 petang. Yang pakai baju hijau tu ialah pengawas PSS. Bergambar sebagai kenangan. 



Anak-anak memang suka main pantai. Tapi saya tak benarkan...huhu...sekadar bermain di gigi air. Banyak siput, ketam dan haiwan bercengkerang yang dikutip di tepi pantai. Hidup lagi tu...Dah puas main...lepaskan balik ke laut. Biarpun penat seharian kat sana, tapi sekurang-kurangnya aktiviti ini memberi peluang juga kepada kami untuk merehatkan minda bersama anak-anak.  Semoga berpeluang lagi untuk aktiviti sebegini pada  masa akan datang. Terima kasih pengawas PSS.


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.