Sekali tengok tiada apa yang istimewanya 3 benda kat atas tu. Tapi cuba teliti betul-betul , rupanya ada sesuatu yang tersembunyi dalam ketiga-tiga benda tu. Betullah kata orang...jangan menilai sesuatu daripada luarannya. Itulah kreativiti mencipta sesuatu yang mungkin nampak biasa tetapi ada tarikan tersendiri. Jom kita tengok hasil kreativiti kerja tangan Atikah, pelajar yang akan menduduki SPM November nanti mencipta sesuatu kelainan kerja kraftangan sekadar menghilangkan stres mengulangkaji pelajaran.
Macam buku nota, tapi apabila dibuka, ada pelbagai ruangan yang boleh dibuat catatan sama ada kata-kata perangsang, atau boleh saja membuat mini lukisan. Saya cadangkan, sebagai pelajar sekolah....boleh buat sebagai nota kecil atau nota poket. Tapi AWAS! jangan terbawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Yang ni pula kotak bunga-bungaan, digubah mengikut citarasa sendiri. Menurut Atikah, dia hanya menggunakan bahan terpakai seperti kotak cenderahati juga bunga telur majlis perkahwinan. Daripada terbiar begitu sahaja, boleh digubah semula menjadi hiasan. Juga boleh dijadikan pemberian istimewa kepada seseorang.
Kotak paling istimewa, diberikan kepada rakan sekelas sempena harijadi rakannya. Menggunakan konsep dalam kotak ada kotak...3 langkah baru dapat tengok semua yang ada di dalam kotak tersebut. Bukan senang nak buat kotak pelbagai fungsi ni. Perlukan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkannya. Tahniah Atikah atas penghasilan kraftangan tersebut.Habis menduduki SPM nanti bolehlah sediakan kotak istimewa ni kepada cikgu pula yer.Hehe...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.