Saya berpeluang mengunjungi Min House Camp (MHC) di Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini. Jom review camp yang terletak di tengah-tengah kampung, 6 km dari Kota Bharu. Persekitarannya memang segar, dikelilingi tumbuhan hijau dan berhampiran dengan sungai. Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan kerana tersedia tapak perkhemahan. Juga untuk menjalankan sebarang kursus kerana terdapat penginapan gaya asrama dan dewan yang boleh memuatkan 100 orang pada satu-satu masa.
Antara kemudahan di sini, chalet, semi-D, dewan terbuka, perkampungan pengantin dan WiFi berkelajuan tinggi. Min House Camp juga mengusahakan produk lebah kelulut (Trigona). Anda boleh melihat dengan lebih dekat populasi lebah kelulut di sekitar penginapan. Boleh juga melawat Galeri Kelulut untuk mendapatkan info tentang kelulut.
Salah satu bilik yang terdapat di sini, dan dewan yang selesa
Dewan makan yang menghadap ke arah sungai memang selesa dan mendamaikan.
Pelbagai aktiviti disediakan dengan pakej tertentu.
Sebelah petang boleh menyusuri sungai dengan berkayak, manakala sebelah malam
boleh menyaksikan kelip-kelip yang bercahaya. Wah..pengalaman yang menarik melihat
kelip-kelip secara dekat.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan;
Min House Camp
013-9097654 atau 013-9225440
cantiknya tmpt ni
ReplyDeletehttp://kembaracinta-ku.blogspot.my/