expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 21, 2015

Pantai Melawi, Bachok Kelantan


Berjalan di sepanjang pantai sama ada pada awal pagi mahupun waktu senja, cukup mendamaikan. Deruan ombak dan hembusan bayu mencipta satu ketenangan buat pencinta kedamaian. Saya sajikan panorama indah pada waktu senja di pantai Melawi, Bachok, Kelantan. Tanah sepanjang pantai di Melawi ini kebanyakannya dimiliki secara persendirian. Justeru terdapat banyak resort, chalet mahupun homestay di sini. Tidak hairanlah keadaan pantainya bersih dan terurus. 


Sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga mahupun santai bersama rakan. Tidak hairanlah kebanyakan resort dan chalet di kawasan ini sentiasa penuh terutamanya pada hujung minggu apatah lagi ketika cuti sekolah.



Harga sewa resort mahupun chalet di kawasan ini agak berpatutan. Ada yang serendah RM40 sehari hinggalah ratusan ringgit. Bergantung kepada lokasi, masa dan juga pakej yang disediakan. Banyak juga sekolah yang memilih resort sepanjang Melawi ini untuk aktiviti pelajar seperti kem kecemerlangan, motivasi mahupun perkhemahan. Ada juga yang mengadakan aktiviti perjumpaan untuk keluarga mahupun reunion bersama rakan sekolah.



Jadi kepada yang berhasrat untuk merasai pengalaman bersantai di tepi pantai di Kelantan, bolehlah cuba untuk menginap di chalet mahupun resort di pantai Melawi, Bachok. Suasana perkampungan Melayu dan pantai yang bersih dan cantik pasti meninggalkan nostalgia indah. Jangan lupa untuk mengabadikan panorama indah di sepanjang pantai bersama keluarga tersayang!



1 comment:

  1. cantiknya pemandangan kat sana... xda jerebu yer? kat selangor ni..adoila...xda udara segar dh...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.