Tahniah! Tahniah!...Banyak betul ucapan tahniah hari ni...di mana-mana saja.. Itulah detik paling menggembirakan anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2015. Bukan setakat anak-anak, ibu bapa , guru-guru dan orang kampung semua pun turut berbangga atas kejayaan anda. Berkat usaha dan kesungguhan selama ini telah mendapat hasilnya. Saya tumpang gembira saja sebab belum ada anak yang mengambil UPSR. Hehe...
Lepas ni sibuklah pula nak meraikan kejayaan anak-anak. Mesti nak bawa pergi makan-makan, jalan-jalan, 'shopping-shopping' dan sebagainya. Bagus...bagus.. sebagai penghargaan untuk anak-anak. Satu hal lagi, bermulalah episod memilih sekolah terbaik untuk anak-anak menyambung pelajaran. Persaingan memang sengit untuk mendapat tawaran belajar di sekolah-sekolah kawalan.
Bagi anak-anak yang tidak mendapat keputusan cemerlang, jangan bersedih. Masih banyak peluang di hadapan. Paling penting kena ada keinginan diri sendiri untuk berjaya dalam pelajaran barulah bermotivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh. Kejayaan milik semua...siapa berusaha lebih maka dia dapat lebih. Kalau dah berusaha tapi gagal juga, bukan rezeki kita kali ini...
Tahniah buat anak-anak, ibu bapa dan guru-guru!
Alhamdulillah. Anak abam kie dapat 5A.
ReplyDeleteTahniah...Abam Kie dan anak :-)
ReplyDelete