Dah makan ke belum? Jom tengok apa kami makan malam ni, disediakan sendiri oleh puan isteri. Hmm nampak sedap kan. Rasanya pun mestilah sedap juga. Apa ke nama menu ni saya pun tak tahu. Kita panggil Sweet sour chicken Wrap lah yer...haha Kalau kat bungkusan tu ada disediakan menu Chicken Rendang Wrap. Kalau tak mahu bungkus ayam masak rendang, bungkus saja ayam masak apa-apa pun.
Tengok budak Sadiq tu makan, suka sungguh dia makan makanan ni. Samalah dengan anak sulung saya Imdad. Bagilah apa-apa makanan ala western, mesti suka punya! Dalam satu bungkus tu ada 8 keping wraps. Tengok dalam gambar mula-mula tu ada 6 biji jer, mana hilang 2 lagi? Biasalah budak-budak ni tak sempat nak snap gambar, terus makan.
Kalau nak cuba, senang jer..tengok cara membuatnya ada disediakan pada kulit luar pembungkus.
Tadaaa... dah siap. Jemput makan semua.
macam sedap je ^_^
ReplyDelete