expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 30, 2015

Dulu hidup susah, kini bergelar doktor


Tahniah Nur Hasliza bt Che Hamid atas penerimaan Ijazah Perubatan MD USM sempena Upacara Konvokesyen USM ke 52 baru-baru ini. Bekas pelajar SMKA Melor ini mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di USM Kubang Kerian selama 5 tahun. Ada kisah menarik di sebalik kejayaan ini yang boleh dijadikan motivasi bagi pelajar.



Gambar di atas, Hasliza bersama kawan baiknya Farhana. Mereka berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Belajar di sekolah yang sama, di kelas yang sama. Kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama di universiti yang sama. Wah! ini dah betul-betul kawan baik. Kedua-duanya antara pelajar cemerlang SPM 2008.



"Saya bertekad belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah hidup keluarga kami" ujar Hasliza yang merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Mereka kematian bapa sejak Hasliza berada di darjah 6 lagi. Banyak suka-duka dalam hidup dikongsi bersama ibunya yang bekerja sebagai tukang jahit untuk menyara keluarga. Ketiadaan bapa dan sebagai anak sulung menguatkan lagi azam dan semangat Hasliza untuk berjaya dalam pelajaran. Baginya, pelajaran sahajalah yang dapat mengubah nasib keluarga.



Saya tertarik dengan prinsip hidup Hasliza iaitu "Be what u want to be not what others want to see". Sesungguhnya impian dan cita-cita Hasliza untuk menjadi seorang doktor kini menjadi kejayaan. Pertengahan Disember ini, Hasliza akan memulakan tugas sebagai doktor secara rasminya di Hospital USM Kubang Kerian. Tahniah! dapat bertugas di hospital yang juga merupakan tempat menimba ilmu perubatan sebelum ini.



Saat paling manis apabila dapat berkongsi kejayaan bersama ahli keluarga. Bukan saja keluarga yang berbangga atas kejayaan anda, sebagai bekas guru anda pun saya tumpang bergembira dan bersyukur dengan kejayaan ini. Semoga ia menjadi perangsang buat adik-adik, atau sesiapa sahaja untuk mengikut jejak langkah anda. 

Teruskan menabur bakti kepada masyarakat sebagai seorang doktor yang berjasa. Tahniah doktor Hasliza!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.