Kampung Budaya Sarawak,Santubong |
Entri imbas kembali ini saya akan paparkan koleksi foto semasa melawat Kampung Budaya, Santubong, Sarawak. Dah lama ni...jadi jangan terkejutlah kalau tengok tuan blog yang masih muda remaja...haha...Saya sempat ke sana semasa bertugas di Miri, Sarawak dulu. Perjalanan menggunakan jalan darat iaitu bas mengambil masa selama 13 jam dari Miri ke Kuching.Sungguh memenatkan semata-mata ingin berjumpa dengan Puteri Santubong.Akhirnya sampai juga ke Santubong,iaitu Kampung Budaya Sarawak.
Rumah Melanau |
Rumah Melanau,salah sebuah rumah warisan di Kampung Budaya ini. Di sini terdapat pelbagai rumah kediaman yang mempamerkan pelbagai budaya etnik di Sarawak seperti Iban,Bidayuh dan Melanau.
Pemandangan di Kampung Budaya Sarawak |
Pemandangan dari jauh rumah Melanau.Tinggi betul rumah tu.
Saya suka dengan reka bentuk rumah ni..Dahlah tinggi,
luas pula tu! Saya dah naik sampai ke tingkat atas.
Rumah Bidayuh |
Ini pula rumah Bidayuh.Berbentuk bulat.
Tenunan membuat pua kumbu |
Kat dalam rumah ni terdapat pelbagai aktiviti kraftangan. Antaranya penghasilan pua kumbu,sejenis kain untuk hiasan. Rugi betul sebab tak beli kain tu buat kenang-kenangan. Tak apalah...lain kali kalau ke Sarawak kita beli.
Bersama saudara Ismail Faiden,kawan KM7 dari Kuching dan petugas di rumah budaya |
Lepak sejenak di serambi salah sebuah rumah.Mendengar petikan alat muzik Sarawak.Apa namanya?lupa pula lah.Terima kasih kepada saudara Ismail yang membawa saya ke Kampung Budaya ni.Dia berasal dari Kuching dan sama-sama belajar di Pulau Pinang dulu.
Kawan Penan. |
Saya juga sempat bergambar dengan saudara Penan kita ni.Ada sumpit lagi tu.Kat belakang tu adalah rumah Penan.Seronok betul datang ke Kampung Budaya Sarawak ni. Saya juga berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan yang diadakan di Pusat Warisan Sarawak di sini juga.Sesungguhnya kamek rindu sama Sarawak!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.