Tahniah...tahniah..! kepada 2 orang anak sepupu saya, Shahida dan Farhana yang menerima ijazah sarjana muda Perubatan, USM. Upacara konvokesyen ke-52 berlangsung di USM Pulau Pinang bermula 17 hingga 21 November 2015. Semua ahli keluarga mengucapkan tahniah dan berbangga atas kejayaan anda berdua. Sekarang dah bergelar doktor yer!
Saat paling manis apabila segala cabaran dan
dugaan sepanjang bergelar mahasiswa, membuahkan hasil
dengan kejayaan menggenggam segulung ijazah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada sanak saudara kita
untuk sama-sama berjaya dalam pelajaran.
USM Pulau Pinang penuh nostalgia. Suatu ketika dulu saya juga pernah menjadi warganya. Segala kenangan sepanjang bergelar mahasiswa di sini tidak akan dilupakan. Biarpun masa terus berlalu dan membawa beberapa perubahan fizikal dalam kampus ini, namun memorinya tetap utuh buat semua yang pernah berada di sini. Suatu hari nanti saya pasti ke sana lagi!
Tahniah buat semua mahasiswa USM sempena Upacara konvokesyen ke-52 tahun 2015.
waaahhh!! tahniah ^_^
ReplyDeleteTahniah...
ReplyDeletetahniah buat sepupu...kirim salam pada die ye...heheheheh
ReplyDeletetahniah...
ReplyDelete