expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 9, 2015

Mangkuk Julie's edisi terhad


Mangkuk purple yang cantik ni menambahkan lagi koleksi free gift saya. Saya dapat mangkuk ni dengan membeli biskut Julie's dalam tin yang berharga RM 12.90. Beli biskut  sebab nak mangkuk! haha... Edisi terhad..sesiapa yang berminat untuk membuat koleksi...sila dapatkan segera sebelum kehabisan stok.



Ada 4 warna dan gambar berbeza pada setiap mangkuk. Semasa saya beli tu, ada mangkuk purple saja. Mungkin kat pasar raya lain, ada yang lain kot. Masa nak beli biskut tu nanti kena tanya dulu ada ker tidak mangkuk free gift... Kalau dah habis, tak payah beli kot. Hehehe,, nampak sangat nak mangkuk free, bukan nak makan biskut!



Alang-alang dah beli...jom makan biskut. Ada 6 jenis biskut dalam satu tin tu. Rasanya sedaplah juga. Sekejap jer anak-anak boleh habiskan satu tin biskut. Senang juga dibawa ke mana-mana kerana biskut tu siap dipaket kecil-kecil. Ok....kita makan biskut dulu....


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.