expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 10, 2015

Pisang Ajaib di Kelantan


Kekuasaan Allah...pokok pisang yang pernah ditebang sebelum berbuah, kini mengeluarkan tandan buah di batangnya. Ajaibnya, biarpun dah lama ditebang, tanpa berdaun masih boleh berbuah dan tandan buahnya menghala ke atas, ke arah batang yang ditebang (tangan saya dalam foto di atas).



Pokok pisang istimewa ini terdapat di Kampung Tanjung Stan, Kubang Kerian, Kelantan. Pemilik pokok pisang ini sendiri baru saja perasan tentang keunikan tandan dan buah pisang ini. Sungguh tidak disangka, pokok ini mengeluarkan buah dari batangnya, dan tandannya menghala ke atas.



Kelihatan dalam gambar, batang pisang yang dikerat sebelum ini.



Saya berharap dapat melihat kesudahan buah pisang ini. Harap-harap boleh bertahan sehingga buahnya masak. Semoga keunikan ini memberi kesedaran kepada kita terhadap kekuasaan Allah. Segala yang berlaku atas kehendaknya dan ada hikmahnya.



1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.