KOLEKSI ISTIMEWA

Monday, November 23, 2015

Potato Cheese Buatan Sendiri


Dah bosan makan nugget? Jom kita makan satu lagi makanan istimewa yang dibuat sendiri oleh puan isteri saya. Katanya resepi yang tak ada nama ni diolah semula daripada beberapa resepi cheezy ball oleh rakan-rakannya. Nama Potato Cheese tu saya yang tukang bagi nama..haha...tak dapat masak, dapat bagi nama pun jadilah! 



Nak buat potato cheese ni kena ada kentang, cheese, telur, bread crumbs, dan perasa secukup rasalah. Hehe...Penting juga kena ada dapur, kuali dan minyak masak. Kalau tidak...tak menjadi realiti potato cheese ni!



Senang jer...bentukkan potato tadi mengikut kreativiti masing-masing. Oh ya...cheese yang dipotong kecil tu masukkan ke dalam gumpalan potato. Ikut sukalah...nak buat besar ker kecil..Kalau anak-anak nak makan, buatlah kecil-kecil. Kalau malas...buat besar-besar!



Kat luar...salutkan dengan bread crumbs



Gorengkan dalam kuali. pastikan minyak tu dah panas yer.hehe..Awasi anak-anak anda. Jangan dekat-dekat dengan kuali. .Dah nampak macam garing bolehlah angkat. Eh macam mana boleh ada limau pula kat tengah-tengah tu..hmmm buat pencuci mulut la..Kalau nak letak strawberi pun ok juga kat tengah tu.

Potato cheese ni sedap dimakan dengan pencicah sos cili. Nak sedap lagi, makan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. 

Kebaikan potato cheese ni tak ada bahan pengawet. Kira segar dari ladang..Jangan tunggu dijemput untuk memasak dalam rancangan  Datin masak Datuk suka jer baru nak buat ni..Puan-puan..boleh cuba  sekarang...mesti suami suka..haha..


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.