expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 20, 2015

Sedekah yang tidak Kesampaian


Semasa sedang menikmati makanan bersama keluarga di satu tempat makan terbuka, saya memerhatikan seorang peminta sedekah sedang bergerak dari meja ke meja. Peminta sedekah lelaki dalam usia 60 an itu membawa sebiji gelas bekas minuman. Ramai juga yang memasukkan wang ke dalam bekas tersebut. Saya nampak ada banyak juga wang kertas seringgit. Sungguh pemurah orang kita.

Dalam hati, saya berkira-kira nak bersedekah juga kepada lelaki tersebut. Tak bagi banyak, RM 1 pun jadilah. Tunggu punya tunggu, akhirnya dia datang di sebelah kiri meja tempat saya makan. Takde pula dia menghampiri atau meminta sedekah daripada kami. Saya fikir mungkin lepas ni dia datang balik kot.

Tiba-tiba dia lalu di belakang saya, terus ke meja sebelah kanan saya. Orang kat sebelah tu menghulurkan duit RM 1 kepadanya. Saya tunggu lagi...bila lah dia nak datang ke meja saya. Tak sabar nak bersedekah ni!

Dia terus jer ke meja depan seolah-olah tak perasan saya kat sebelah ni. Saya pun macam tergamam sikit, maklumlah dalam hati dah ada niat nak bersedekah. Takde lah pula saya kejar dia nak bagi sedekah tu. Nampak orang lain kat depan menghulur duit walaupun lelaki tu tak minta, baru saya perasan kenapalah saya tak hulurkan duit semasa dia lalu kat sebelah tadi.

Hmmm tak kesampaian juga nak bersedekah. Terfikir juga... niat kita tu tak semestinya ditunaikan Allah. Mungkin Allah tak gerakkan hati peminta sedekah tu ke meja saya. Atau tak gerakkan hati saya untuk menghulurkan sedekah biarpun tak diminta. Jadi pengajarannya, kalau kita didatangi oleh peminta sedekah, percayalah...Allah dah gerakkan hatinya untuk datang kepada kita! Antara ramai orang di tempat tersebut, kitalah yang dipilih untuk diberi pahala bersedekah.

Saya teringat kata-kata dalam sebuah buku berkaitan sedekah. Bersedekahlah kamu..jangan takut untuk bersedekah kerana bimbang akan jatuh miskin. Ingat, rezeki itu Allah yang tentukan. Duit atau harta milik kita itu, belum tentu milik kita sepenuhnya. Mungkin sebahagian daripadanya itu hak orang lain juga!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.