KOLEKSI ISTIMEWA

Monday, November 23, 2015

Selamat tinggal mak!


Hari terakhir Sadiq di rumah pengasuhnya. Lama juga dia kat sini, 3 tahun. Setiap pagi dia dihantar ke sini dan petang sekepas kami pulang dari tempat  kerja baru balik ke rumah. Tahun depan Sadiq akan mula masuk sekolah tadika. Mesti sedih juga kan nak berpisah dengan pengasuhnya yang dipanggil mak itu. Kami pernah tinggalkan Sadiq di sini selama 3 hari 2 malam, semasa kami ke Singapura dulu. Pendek kata, rumah pengasuhnya dah jadi rumah kedua Sadiq.



Bukan main gembira lagi apabila diberitahu tahun depan dia akan masuk sekolah tadika. Hmmm daftar pun belum lagi ni.Hehe..tengoklah minggu depan ker baru nak daftar. Sekarang lepak dulu kat rumah. 2016 baru sekolah yer!



Terima kasih kepada pengasuh Sadiq kerana menjaganya dengan baik sepanjang 3 tahun. Segala jasa baik, Allah saja yang membalasnya. Kami tak hantar Sadiq ke nursery sebab bimbang juga keselamatannya. Maklumlah budak ni masih kecil lagi masa tu. Lagipun waktu pulang kerja kami tak menentu. Kadang-kadang awal,(pukul 3.30 petang). Kadang-kadang lewat (sehingga 7.00 petang). Jadi kalau kat rumah pengasuh ni, takde lah bimbang sangat. Hanya mereka yang bekerja dan mempunyai anak kecil saja yang faham situasi ni kan!



2 comments:

  1. Hehehe mesti sedih gak ya mula2 berpisah sebab 3tahun lama gak tu..Harap mak pengasuh & Sadiq dapat sesuaikan diri..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.