Satu pameran yang menggabungkan 3 watak penting buat julung kalinya diadakan di Muzium Negeri Kelantan tahun ini. Pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi Tok Janggut, Sultan Muhammad Al-Fateh dan Firaun. Kepada warga Kelantan, juga anda dari luar Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk datang ke pameran ini bermula 20 Oktober 2015 hingga 31 Januari 2016. Tiket masuk sebanyak RM 5 bagi dewasa, RM 3 bagi kanak-kanak dan RM 2 bagi pelajar/sahabat muzium. Waktu pameran dibuka, Ahad hingga Khamis jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, manakala Jumaat dan Sabtu 8.30 pagi hingga 10.00 malam.
Pengunjung berkesempatan melihat unta dari jarak dekat,
juga berpeluang ber'selfie' dengan unta. Ada pertandingan selfie dengan unta tu!
Pelbagai informasi berguna tentang Firaun, Tok Janggut dan Al-Fateh
dalam Pameran Pendidikan Perdana ini.
Tarikan utama, keranda emas Firaun Tutankhamun
Pelajar dan pengunjung boleh
mendapatkan banyak info tentang pahlawan Melayu Kelantan, Tok Janggut.
Selain dapat melihat mumia Firaun, tongkat nabi Musa, pedang Rasul dan sahabat, anda juga boleh menyaksikan tayangan filem Fetih 1453, merasai suasana berada di dalam piramid dan bergambar 3D mural. Jangan lepaskan peluang, silalah ke Muzium Negeri Kelantan.
wah, tiket pun murah
ReplyDelete