Orang lain sibuk update status dan foto kat FB dengan bercuti sana-sini, dalam dan luar negara. Kita melancong kat tebing sungai Kelantan jer? Kesian... nasiblah... huhu... Sebenarnya saya bawa anak-anak ke sana sekejap sebelah petang apabila cuaca cerah. Bulan Disember dah nak habis..setakat ni belum banjir lagi. Saja nak ambil angin petang di tebing sungai Kelantan. Pergi pun tak lama, setengah jam jer sebab dah nak Maghrib.
Sadiq tengah berlari-lari. Masa ni ada beberapa orang pengunjung yang berjoging kat sini. Tapi awas! ada pagar yang menghala ke sungai tu dah tumbang. Macamanalah boleh tumbang tu tak tahulah. Beberapa tiang lampu dan tempat duduk juga telah rosak. Rasanya tempat ni masih baru lagi, tapi dah ada kerosakan. Harap-harap kerosakan tu dibaiki segera.
Bagi yang belum pernah ke sini, laluan sepanjang tebing sungai Kelantan ini berdekatan dengan menara tinjau. Saya pernah buat entri pasal menara tinjau ni dulu. [KLIK SINI] Kami ke sana tahun lepas, beberapa hari sebelum banjir besar melanda Kelantan. Beberapa restoran juga terdapat di sini. Sambil makan-makan bolehlah menghirup udara segar, hembusan angin dari sungai Kelantan.
Tertarik dengan restoran Ali baba Tempayan, telah membawa kami ke sana. Ingatkan bolehlah makan kat situ tapi ramai betul sedang makan kat situ. Tak apalah, lain kali sajalah kami ke sana. Menu istimewa kat situ ialah roti tempayan. Ishh...bilalah nak pergi ni!
Sebelum pulang, bergambar dulu di Tambatan D'Raja. Tempat popular ni untuk menyukat banjir di Kota Bharu. Masa kami bergambar, paras sungai normal saja. Hehe..Oklah..harap entri ni sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada pembaca tentang salah satu tempat yang boleh dikunjungi apabila anda ke Kota Bharu.
da lame ta pergi kelantan.. blh masukkan dlm list bercuti ni...
ReplyDeleteKalau pergi berjalan saya suka ambil gambar pemandangan + anak dijadikan model bergambar.. ekekeke..
ReplyDelete