SPM 2015 dah habis? Yer... kebanyakan sekolah calon-calonnya dah habis menduduki SPM 2015. Cuma tinggal beberapa mata pelajaran akhir saja. Itupun tidak melibatkan ramai calon. Nampaknya calon-calon dah rasa lega, seolah-olah hilang bebanan besar. Tengok gambar kat atas tu...Hai... kalau gembira sangat habis periksa, takkan label peperiksaan pun nak diconteng. Ni dah dikira vandalisme tau! Kalau kamu tak conteng kat situ pun semua orang dah tau SPM dah habis...
Banyak cara untuk meluahkan rasa gembira apabila habis menduduki peperiksaan. Tahniah kepada pelajar di beberapa buah sekolah yang mengadakan sujud syukur setelah selesai menduduki peperiksaan untuk semua mata pelajaran. Itu satu cara menzahirkan kesyukuran kepada Tuhan kerana sepanjang tempoh peperiksaan tersebut calon diberi kesihatan yang baik dan dapat menjawab soalan dengan sempurna.
Ada juga di sesetengah sekolah, pelajar membaling tepung, juga saling menurunkan tanda tangan pada baju sekolah masing-masing. Hmmm...entahlah budaya dari mana budak-budak sekarang ni tiru. Tak kurang juga ada yang bermain mercun atau bunga api untuk menzahirkan kebebasan apabila habis menduduki peperiksaan.
Di restoran makanan segera pun ramai juga calon SPM yang melepak bersama rakan-rakan. Aduh! makan sampai kenyang... seolah-olah sebelum ni tak pernah makan. Hehe.. Dan...semestinya ramai yang aktifkan semula akaun FB masing-masing, aktifkan semula berwhatssapp dan seangkatan dengannya.
Ibu bapa juga mungkin sudah ada yang merancang percutian untuk anak-anak. Elok juga tu...sebagai penghargaan atas penat lelah anak-anak mengulangkaji selama ini. Lupakan seketika pasal pelajaran..balik bercuti nanti boleh fikir semula apa rancangan untuk dilakukan sementara menunggu keputusan SPM Mac tahun depan.
Saya pasti selepas ini calon-calon SPM 2015 akan merindui rakan-rakan, guru-guru dan sekolah mereka. Selamat tinggal semua. Tiada lagi suara cikgu yang merdu atau membingitkan telinga dalam kelas memberi ajaran dan teguran.... Itu semua sudah menjadi kenangan!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.