expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 27, 2015

Bamboo Garden KB Food Court


Dah lama nak singgah food court ni, malam ni baru jadi. Itupun kami pergi seawal jam 8.00 malam. Kalau lewat, susah juga mahu parking. Maklumlah, ramai pelanggan. Bamboo Garden KB ni terletak di Jalan Pasir Hor, Kota Bharu. Dibuka setiap hari kecuali Isnin, bermula jam 5.30 petang hingga 1.00 pagi. Ada banyak pilihan menu di sini, dengan konsep layan diri.



Antara menu yang saya dapat lihat tadi, chicken chop, lamb chop, sizzling mee, nasi kerabu, rojak jawa, dan banyak lagi..tak larat nak senaraikan semuanya. Harganya berpatutan la....Rasanya... ada yang memenuhi selera sendiri dan ada yang biasa-biasa. Maklumlah, selera orang ni tak sama kan. Nampak macam meriah jer...orang tak putus-putus datang.



Saya rasa konsep food court menggunakan meja, kerusi dan gerai buluh ni macam kat Thailand.  Jadi, Bamboo Garden KB adalah yang pertama menggunakan konsep ini di Kota Bharu. Itulah satu kelainan yang menjadi tarikan utama ke sini. Bagi yang berkesempatan, bolehlah singgah ke sini.


3 comments:

  1. bolehla singgah nanti kalau ke kota bharu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    singgah sini.. TQ masukkan saya dalam bloglist..
    Saya dah masukkan saudara dalam bloglist saya juga...

    ReplyDelete
  3. Cantik kedai dia.. persekitaran pun nampak selesa.. kalau ada kesempatan, bolehlah singgah nanti.. in sha allah ~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.